Siri Realiti Fallout Shelter Diumumkan Untuk Prime Video
Effi Saharudin
Anda masih ingat dengan permainan Fallout Shelter yang menjadi tular pada tahun 2015 kerana boleh dimuat turun terus selepas dilancarkan di E3? Prime Video hari ini mengumumkan sebuah siri realiti akan dihasilkan berasaskan permainan Fallout Shelter.

Premis permainan ialah peserta akan tinggal di dalam kubu bawah tanah Vault-Tec dengan mereka bersaing bagi membuktikan kepintaran, kemampuan bekerjasama berpasukan, dan daya ketahanan mereka seperti program realiti yang lain. Ia bolehlah dilihat seperti Squid Game atau Survivor tetapi menggunakan IP Fallout. Bila siri akan muncul di kaca TV belum lagi diumumkan oleh Prime Video.
Siri akan diterbitkan oleh Studio Lambert bersama Kilter Films dengan bantuan Amazon MGM Studios dan Bethesda Game Studios. Studio Lambert ialah syarikat yang terlibat dengan penerbitan siri realiti Squid Game: The Challenge di Netflix.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





