Malaysia Oversight

OpenAI Perkenal ChatGPT Translate – Salah Satu Alternatif Kepada Google Translate

By Amanz in January 15, 2026 – Reading time 1 minute
OpenAI Perkenal ChatGPT Translate – Salah Satu Alternatif Kepada Google Translate


OpenAI Perkenal ChatGPT Translate – Salah Satu Alternatif Kepada Google Translate

January 15, 2026
Kecerdasan Buatan

Aman

Google Translate merupakan laman yang dikunjungi ramai hari ini dalam melakukan terjemahan. Terdapat beberapa perkhidmatan alternatif, namun ia tidak berjaya mencapai kadar kejituan dalam terjemahan, selain pemahaman konteks untuk teks yang diterjemah. Selepas beberapa perkhidmatan cuba mencabar dominasi Google Translate, kini OpenAI turut mencuba melalui ChatGPT Translate.

ChatGPT Translate

ChatGPT Translate hadir dengan antaramuka ringkas, membolehkan pengguna memilih bahasa, memasukkan teks yang ingin diterjemah, dan melakukan proses terjemahan. Buat masa ini, pilihan bahasa sangat terhad, dan tiada pilihan terjemahan kepada bahasa Melayu lagi.

ChatGPT Translate turut menyediakan pilihan tambahan, termasuk pilihan tona terjemahan berkenaan – dimana pilihan berkenaan akan terus membuka tetingkat ChatGPT secara automatik.

Perkhidmatan ini ditawarkan secara berasingan daripada ChatGPT, dan boleh diakses khusus melalui laman ChatGPT Translate. Bagi anda yang selalu melakukan terjemahan boleh mencuba perkhidmatan baharu ChatGPT ini hari ini secara percuma.



Source link