Malaysia Oversight

Mediatek Dimensity 9500s Diperkenalkan Dengan Binaan 3nm

By Amanz in January 15, 2026 – Reading time 1 minute
Mediatek Dimensity 9500s Diperkenalkan Dengan Binaan 3nm


Mediatek Dimensity 9500s Diperkenalkan Dengan Binaan 3nm

January 15, 2026
Perkakasan

Amy Maizuraa

MediaTek telah melancarkan cip baharu Dimensity 9500s

Ia dibina menggunakan teknologi 3nm generasi kedua daripada TSMC dengan gabungan 1 x Arm Cortex‑X925 pada kelajuan 3.73GHz, 3 x Arm Cortex‑X4 (3.30GHz) serta 4 x Arm Cortex‑A720 (2GHz).

Cip ini turut dilengkapi teknologi khusus yang mampu meningkatkan kelajuan aplikasi sehingga 44%, di samping menggunakan Arm Immortalis‑G925 dengan sokongan ray tracing. Selain itu, keupayaan AI membolehkan pelbagai tugasan dijalankan secara terus pada peranti.

MTK 9500S 2

Dimensity 9500s juga hadir dengan enjin autofokus berprestasi tinggi serta menawarkan tangkapan pantas. Selain itu, ia dilengkapi enjin pemprosesan video berasaskan analisis pintar untuk imej lebih jelas manakala sokongan rakaman 8K HDR dengan Dolby Vision turut meningkatkan kualiti pengalaman video.

Cip ini menyokong modem 5G Release-17 dengan kelajuan muat turun sehingga 7Gbps. Selain itu, ia turut menyokong Wi‑Fi 7 sehingga 6.5Gbps manakala ciri Bluetooth baharu membolehkan sambungan telefon ke telefon pada jarak sehingga 5km tanpa memerlukan rangkaian selular.



Source link