Malaysia Oversight

Touch ‘n Go Perkenalkan EPOS360 Serta EPOS360 BlueTap Di Malaysia – Penyelesaian Pintar Untuk PKS

By Amanz in January 15, 2026 – Reading time 3 minute
Touch ‘n Go Perkenalkan EPOS360 Serta EPOS360 BlueTap Di Malaysia – Penyelesaian Pintar Untuk PKS


Touch ‘n Go Perkenalkan EPOS360 Serta EPOS360 BlueTap Di Malaysia – Penyelesaian Pintar Untuk PKS

January 15, 2026
Aplikasi
Niaga

Amy Maizuraa

Zaman serba maju menuntut kaedah pembayaran yang seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Sehubungan itu, Touch ‘n Go (TNG) bersama EPOS bekerjasama melancarkan EPOS360 serta EPOS360 BlueTap di Malaysia.

6449

EPOS360 ialah sebuah sistem pintar untuk urusan perniagaan dan pembayaran yang ditawarkan melalui program mini dalam aplikasi TNG eWallet. Melaluinya, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia dapat memanfaatkan pelbagai alat berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi menyokong pertumbuhan perniagaan. Platform ini diintegrasikan sepenuhnya dengan ekosistem TNG eWallet lalu membolehkan PKS mengakses fungsi titik jualan, ciri transaksi serta pelbagai alat tambahan.

6539
6571
6609

Melalui EPOS360, PKS boleh mendapat akses kepada alat berasaskan AI yang berfungsi membantu mereka mendigitalkan operasi serta mengubah cara mengurus jualan dan pemasaran. Antara ciri yang ditawarkan ialah:

  • Penciptaan menu digital dalam beberapa saat – pengguna hanya perlu menekan pilihan Create with AI, mengambil gambar menu, dan seterusnya sistem akan menggunakan teknologi pengecaman imej untuk menghasilkan menu digital yang boleh disemak serta disunting semula.
  • Penjanaan automatik bahan kreatif dalam pelbagai format – sistem ini membolehkan pengguna menghasilkan bahan promosi secara automatik dalam pelbagai bentuk, sama ada untuk hantaran di media sosial ataupun untuk digunakan sebagai promosi di kaunter melalui EPOS360 BlueTap.
  • Pelancaran kempen dengan hanya satu klik – ciri ini akan memudahkan PKS melaksanakan kempen pemasaran secara pantas, dan dijangka tersedia dalam masa terdekat.
  • Fungsi penebusan baucar dan QR tap-to-pay – ciri ini membolehkan pengguna menebus baucar dengan mudah serta melakukan pembayaran menggunakan QR tap-to-pay, sekali gus menjadikan pengalaman transaksi lebih lancar dan mesra pengguna.
  • Kedai dalam talian yang disesuaikan – ciri ini membolehkan PKS membina dan mengurus kedai digital mengikut keperluan mereka sekali gus memperluas saluran jualan secara dalam talian.

Cara mengakses EPOS360 Mini Program juga amat mudah. PKS yang berdaftar hanya perlu membuka aplikasi TNG eWallet, kemudian memilih ikon EPOS360 dan seterusnya program mini akan dilancarkan secara automatik.

Touch n Go Dan EPOS Lancar EPOS360 Serta BlueTap di Malaysia 6
6701

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, TNG turut memperkenalkan EPOS360 BlueTap iaitu sebuah terminal pembayaran pintar yang menyokong pelbagai kaedah pembayaran dalam satu sistem. Melaluinya, pengguna di Malaysia kini berpeluang melaksanakan transaksi dengan hanya menyentuh menggunakan TNG eWallet untuk menjadikan proses pembayaran lebih mudah.

Touch n Go Dan EPOS Lancar EPOS360 Serta BlueTap di Malaysia 1
6755
6758

Pengalaman menggunakan EPOS360 BlueTap hampir menyerupai Pay kerana ia beroperasi melalui teknologi nirsentuh (contactless/NFC). Dengan sokongan ini, pengguna hanya perlu menyentuh telefon pintar atau peranti pintar yang dilengkapi fungsi NFC pada terminal pembayaran, lalu transaksi dapat dilengkapkan dengan cara yang lebih ringkas dan selamat.

6767
6770
6776

Selain itu, terminal ini turut menyokong DuitNow QR serta kebanyakan eWallet utama dan dijangka akan menambah sokongan pembayaran menggunakan kad dalam masa terdekat. Dengan keupayaan tersebut, BlueTap berpotensi menjadi salah satu pilihan tambahan yang penting dalam usaha memperkukuh ekosistem pembayaran digital di Malaysia.

6651

EPOS360 BlueTap ditawarkan di Malaysia pada harga RM299. Namun begitu, bagi tempoh terhad, pengguna boleh mendapatkannya pada harga promosi RM199. Untuk pembelian, terminal pembayaran pintar ini boleh diperoleh melalui laman web rasmi Touch ‘n Go.



Source link