Malaysia Oversight

Keluar kerajaan bukan tindakan bertanggungjawab

By Utusan in January 14, 2026 – Reading time 2 minute
Keluar kerajaan bukan tindakan bertanggungjawab


KUALA LUMPUR: Cadangan agar keluar bukan satu tindakan bertanggungjawab apabila tindakan itu boleh membawa negara terjerumus ketidakstabilan.

Timbalan Presiden , Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua pihak tidak boleh beremosi dalam soal tersebut kerana banyak contoh negara berhadapan huru-hara perbezaan politik dibiarkan membarah tanpa kebijaksanaan menyebabkan runtuh.

“Jadi, ke mana hala tuju kita? Adakah kita akan keluar esok dan biarkan negara huru-hara? Tidak. Itu jalan mereka yang tunduk kepada emosi, bukan kerja negarawan. 

“Bak kata orang tua-tua, Berfikir biar panjang, bertindak biar bijak. Sejarah dunia moden memberi kita satu pengajaran yang sangat mahal harganya. 

“Apabila perbezaan politik dibiarkan membarah tanpa kebijaksanaan, kerajaan akan runtuh. Dan apabila kerajaan runtuh tanpa pelan penggantian yang jelas, yang lahir bukanlah kebebasan, tetapi kekosongan kuasa,” katanya dalam ucapan Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Mohamad berkata, beliau mengakui terdapat suara agar UMNO menarik diri daripada kerajaan.

Namun katanya, keluar masuk kerjasama politik bukan jawapan untuk UMNO pulih dan ia bukan jalan keluar yang merawat masalah parti itu.

“Ia hanyalah satu peralihan dan pemesongan fokus yang sangat bersifat jangka pendek,” katanya.-UTUSAN

 





Source link