Malaysia Oversight

Keputusan UMNO gerak solo diketahui sebelum PRU16

By Utusan in January 14, 2026 – Reading time 2 minute
Keputusan UMNO gerak solo diketahui sebelum PRU16


KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada akan bergerak solo atau sebaliknya akan diketahui menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) yang berbaki tempoh 22 bulan.

Ahli Majlis Tertinggi , Datuk Seri Ahmad Said berkata, keutamaan parti ketika ini adalah memastikan pembentukan yang mengikut lunas Perlembagaan dan sistem Raja Berperlembagaan dan terus berada dalam keadaan stabil.

“Soal hala tuju dan strategi belum dimuktamadkan sepenuhnya dan akan ditentukan pada masa yang sesuai, khususnya menjelang pilihan raya akan datang.

“Strategi parti tidak boleh didedahkan sepenuhnya lebih awal. Jika semuanya diketahui sekarang, ia bukan lagi satu strategi,” katanya ketika diminta mengulas intipati Taklimat Presiden UMNO yang berlangsung secara tertutup di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad yang Ketua UMNO Bahagian Kemaman berkata, golongan muda di Terengganu perlu menilai prestasi  yang mentadbir negeri itu secara matang dan menyeluruh, bukan sekadar bergantung kepada sentimen atau pengaruh media sosial

Katanya, UMNO tidak mahu Terengganu menjadi seperti , memandangkan rakyat negeri itu lebih cenderung berhijrah ke luar bagi mencari rezeki walaupun kedua-dua rakyat negeri tidak banyak perbezaan.

“Kebanyakan mereka hanya bergantung kepada maklumat di media sosial seperti TikTok dan mudah terpengaruh, sehingga ada yang kelihatan keliru dan hilang keyakinan.

“Golongan muda pada kali ini perlu lebih matang, kreatif dan berfokus, serta mampu menilai keberkesanan yang ada sekarang secara rasional,” katanya.-UTUSAN

 





Source link