Malaysia Oversight

Swafoto Kini Lebih Seronok Dengan OPPO Reno15

By Amanz in January 13, 2026 – Reading time 7 minute
Swafoto Kini Lebih Seronok Dengan OPPO Reno15


Saya bukanlah seorang yang gemar mengambil gambar swafoto, namun persepsi itu berubah apabila diberi peluang mencuba telefon pintar baharu OPPO Reno15. Hal ini kerana hasil yang ditawarkan benar-benar melangkaui jangkaan, dan jauh lebih menawan berbanding swafoto biasa.

OPPO Reno15 MY 10

Lebih menarik lagi, saya boleh memberi jaminan bahawa kesan herotan atau yang sering disebut sebagai ‘fisheye’ juga tidak ketara pada hasil swafoto daripada Reno15. Sebaliknya, setiap gambar kelihatan semula jadi dan penuh perincian. Inilah yang menjadikan pengalaman berswafoto bukan sahaja lebih menyeronokkan malah memberikan keyakinan penuh kepada pengguna.


Apa Rahsia Disebaliknya?

Keadaan ini sememangnya menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna tentang bagaimana OPPO mampu menawarkan teknologi secanggih ini dan apakah rahsia di sebalik kehebatan hasil gambarnya. Jawapannya jelas, tahun ini OPPO memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengalaman swafoto dengan memperkenalkan kamera hadapan 50MP Ultra-Wide yang mampu memberi sudut pandang sehingga 100%.

OPPO Reno15 MY 18

Dengan keupayaan ini, setiap swafoto kelihatan lebih luas, semula jadi dan menyeronokkan kerana bukan sahaja wajah anda dirakam dengan jelas, malah suasana sekeliling turut disertakan tanpa sebarang kesan herotan. OPPO turut menegaskan bahawa sudut pandang ini adalah antara yang paling lebar dalam industri sekaligus meletakkan Reno15 sebagai peneraju dalam teknologi kamera hadapan.

OPPO Reno15 MY 17

Lebih daripada itu, pengalaman swafoto menjadi semakin mengagumkan dengan adanya fungsi Golden Selfie Angle pada tetapan 0.6X. Melalui fungsi ini, bentuk wajah kelihatan semula jadi dan ramping, manakala latar belakang pula seimbang. Selain itu, OPPO turut memperkenalkan teknologi Ultra Clear Group Photo 2.0 yang menjadikan gambar berkumpulan lebih terperinci dan bebas herotan.

OPPO Reno15 MY 16

Ini bermakna, lebih ramai individu dapat dimuatkan dalam satu bingkai tanpa terpotong atau kehilangan butiran penting. Keseluruhan inovasi kamera Reno15 ini membuktikan komitmen OPPO dalam memberikan pengalaman swafoto yang benar-benar luar biasa. Setiap teknologi yang diperkenalkan bukan sahaja memikat hati malah menjadikan setiap rakaman lebih bermakna.

IMG20260102152811 1 1
IMG20260102152832
IMG20251218122013
IMG20250103081405
IMG20251218122036 1
IMG20251218122119
IMG20251226180812 1
IMG20260104203917

Motion Photos Popup – Setiap Gambar Ada Cerita

Swafoto dan gambar biasa kadangkala terasa membosankan tanpa sentuhan gaya tambahan. OPPO memahami keperluan ini lalu memperkenalkan fungsi Pop-Up, iaitu ciri kreatif yang menjadikan setiap gambar lebih hidup dan penuh cerita. Lebih menarik lagi, subjek seperti manusia atau haiwan kelihatan seolah-olah terkeluar daripada bingkai asal sekaligus memberikan kesan visual yang unik dan memikat. Kedudukan subjek juga boleh diubah suai mengikut kesesuaian, malah boleh dibesarkan atau dikecilkan dengan mudah. Inilah inovasi yang menjadikan swafoto bersama Reno15 bukan sekadar rakaman, tetapi hasil seni yang penuh gaya.

OPPO Reno15 MY 14 2

Keistimewaan ciri Pop-Up juga bukan sekadar menghasilkan kolaj biasa, sebaliknya ia membolehkan pengguna berkongsi pelbagai momen indah dalam satu imej yang menarik. Jika menggunakan Motion Photos, durasi maksimum yang dibenarkan adalah sepuluh saat manakala untuk gambar biasa tiada had masa. Hal ini menjadikan pengalaman merakam lebih fleksibel kerana pengguna bebas memilih cara terbaik untuk mengabadikan momen berharga. Mudah dan menyeronokkan, bukan? Jangan lupa bahawa sambungan internet diperlukan untuk mencuba ciri hebat ini.

IMG 20260105 081104
IMG 20260105 081719
IMG 20251218 113122

Kamera 50MP Yang Mengubah Persepsi

OPPO Reno15 MY 8

Ramai berpendapat bahawa tiada siapa membeli telefon semata-mata kerana kamera hadapan sahaja. Hakikatnya, kenyataan itu benar dan tidak dapat dinafikan bahawa pengguna sentiasa mengharapkan telefon pintar yang bukan sahaja bergaya malah dilengkapi dengan prestasi kamera yang memudahkan perkongsian terus ke media sosial.

Di sinilah, Reno15 muncul sebagai jawapan kepada keinginan tersebut. Telefon ini dilengkapi dengan sokongan3.5X Telephoto Vibe Portrait melalui lensa telefoto 50MP dengan panjang fokus 85mm. Dengan keupayaan ini, gambar yang diambil dari jarak jauh tetap kelihatan jelas dan tajam. Hasilnya pula mampu memberikan rakaman yang benar-benar memukau.

IMG 20260105 173603
IMG 20260105 173824
IMG 20260109 190054
IMG 20260105 173712
IMG20260104151125 01
IMG20260104210445 1

Lebih menariknya, apabila digabungkan dengan Reno Portrait Engine, kulit kelihatan semula jadi dengan tona yang realistik. Justeru, setiap potret nampak lebih hidup dan penuh ekspresi. Bukan itu sahaja, ciri Natural Tone turut memberikan sentuhan menyeluruh pada keseluruhan imej. Hal ini bermakna, rakaman tersebut bukan sekadar memotong bahagian tertentu, sebaliknya melengkapkan hasil keseluruhan gambar. Dengan itu, sisi wajah kelihatan lebih kemas dan potret nampak semula jadi serta menawan.

IMG 20251222 211437 1
IMG20251220210146 1
IMG 20251222 211043 1
IMG20260104213052 1
IMG20260104205320
IMG 20251222 210953
IMG 20251222 210300 1
IMG20260104195020 1
IMG 20251222 211234
IMG 20251222 211737
IMG 20251222 212059 1
IMG20260104133437 1

Keistimewaan Reno15 juga tidak terhenti di situ kerana algoritma Telephoto Zoom membolehkan imej sehingga 120X digital zoom dirakam dengan jelas. Hasil rakaman pula memastikan bangunan tinggi atau pemandangan jauh tetap sarat dengan perincian yang memukau.

Lebih mengasyikkan lagi, lensa telefoto ini turut berupaya menghasilkan kesan latar belakang yang kelihatan lebih dekat dengan subjek. Hal ini seterusnya memberikan sentuhan sinematik indah yang menjadikan setiap potret bukan sahaja sekadar gambar. Sebaliknya hadir sebagai hasil gambar yang berkualiti tinggi.

IMG20251220161610
IMG 20251222 211125 1
IMG20251220161626
IMG20251220161655
IMG20251220161712
IMG 20251220 161901 1

Bukan itu sahaja, kamera Reno15 turut dilengkapi dengan pelbagai fungsi AI yang seronok untuk digunakan. Antaranya ialah AI Portrait Glow yang menggunakan teknologi pintar OPPO bagi mencantikkan serta mencerahkan gambar dengan pencahayaan semula jadi. Hasil rakaman kelihatan seakan-akan cahaya lampu studio yang disesuaikan mengikut keadaan semasa sekali gus menjadikan potret lebih memikat.

OPPO Reno15 MY 12
OPPO Reno15 MY 11

Jika mahukan gaya yang lebih unik, fungsi AI Motion Photo Slow-Mo membolehkan Motion Photo biasa ditukar kepada rakaman gerak perlahan. Hasilnya memberikan kesan lebih bergaya apabila dikongsikan di media sosial sekaligus menjadikan setiap momen kelihatan lebih dramatik.

Bukan itu sahaja, untuk rakaman video pengguna turut boleh menikmati kehebatan 4K HDR Ultra-Steady Video. Fungsi ini memastikan hasil rakaman kelihatan seimbang dan stabil walaupun tangan bergerak, menjadikan setiap video lebih profesional dan menyerlahkan kualiti sebenar kamera OPPO Reno15.

Lebih menarik lagi, kamera hadapan Ultra-Wide 0.6X turut menawarkan sudut pandang lebih luas. Fungsi ini sangat sesuai untuk rakaman vlog atau swafoto bersama rakan-rakan kerana ia mampu memuatkan lebih banyak subjek dalam satu bingkai.

OPPO Reno15 MY 19

Dengan adanya sudut pandang yang luas ini, bukan sahaja wajah subjek dapat dirakam dengan jelas, malah suasana sekeliling turut disertakan. Hal ini menjadikan setiap momen yang dirakam lebih bermakna dan penuh dengan kenangan indah untuk dikongsi.


Dancing Aurora Design

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan OPPO Reno, pastinya sudah mengetahui bahawa kemasan sentiasa menjadi titik utama yang membezakan setiap generasi. Siri ini sebelum ini pernah mengambil inspirasi daripada kepak rama-rama dan ekor ikan duyung. Namun, tahun ini ia tampil lebih segar dengan Aurora Design yang menyerupai cahaya Aurora sebenar di kutub utara. OPPO menamakan rekaan ini sebagai Dancing Aurora, iaitu sentuhan estetik yang memukau dan penuh keanggunan.

OPPO Reno15 MY 9
OPPO Reno15 MY 2

Kemasan ini memberikan aura yang cukup menarik kerana bahagian belakang peranti kelihatan hidup seperti cahaya yang sedang bergerak. Difahamkan terdapat berjuta-juta corak halus OPPO Glow yang dihasilkan dengan teliti sehingga permukaan yang rata bertukar menjadi tekstur 3D yang unik. Apabila cahaya memantul pada peranti dari sudut berbeza, gelombang aurora lembut seolah-olah menari di bahagian belakang. Fenomena ini persis aurora sebenar sekali gus menjadikan rekaan Dancing Aurora bukan sahaja memikat mata, malah menyerlahkan keanggunan premium yang sukar ditandingi.

OPPO Reno15 MY 13

Keunikan reka bentuk Reno15 kali ini turut diserlahkan dengan Dynamic Halo Deco Design. Bonggol kamera tidak lagi menggunakan bulatan statik biasa, sebaliknya digantikan dengan kesan berkilau yang berubah mengikut cahaya. Jika diperhatikan dengan teliti, terdapat tekstur ala mozek dengan perincian lensa bercahaya berbentuk empat segi di sekeliling modul kamera. Apabila cahaya berubah, kawasan kamera berkilau seperti cahaya bintang. Hal ini menjadikannya padanan sempurna yang menawan di bahagian belakang lalu menyerlahkan gaya premium yang eksklusif.

OPPO Reno15 MY 7 1

Selain itu, OPPO Reno15 hadir dengan bezel skrin yang nipis iaitu hanya setebal 1.64mm di bahagian atas, 1.81mm di bawah serta 1.65mm di kiri dan kanan. Panel 6.59 AMOLED Flexible dengan nisbah skrin-ke-badan 93.4% memberikan pengalaman tontonan yang lebih imersif. Ditambah pula dengan kadar segar semula 120Hz Smart Adaptive, setiap tatalan pada aplikasi terasa lebih lancar. Lebih meyakinkan, peranti ini turut dilengkapi dengan pensijilan IP69 Water and Dust Resistance sebagai perlindungan tambahan untuk kegunaan seharian.


Prestasi Tiada Kompromi

Cukup berbicara tentang kamera dan rekaan, kini beralih pula kepada perisian ColorOS 16 yang menjadi nadi utama Reno15. Versi terbaharu ini hadir dengan Trinity Engine yang memastikan telefon kekal lancar walaupun digunakan untuk banyak aplikasi secara serentak. Lebih meyakinkan lagi, terdapat 6-Year Fluency Authentication yang menjamin sistem sentiasa responsif meskipun selepas penggunaan jangka panjang.

OPPO Reno15 MY 1

Setiap animasi daripada Photos hinggalah Home Screen dan Lock Screen berfungsi dengan lancar serta memberikan pengalaman paparan yang memikat. Selain itu, fungsi AI Mind Space memudahkan proses menyimpan dan melihat semula maklumat penting dengan lebih cepat sekali gus menjadikan produktiviti harian lebih efisien.

OPPO Reno15 MY 6

OPPO turut memperkenalkan O+ Connect yang membolehkan pemindahan fail termasuk Motion Photo ke dengan mudah. Senang kata, ambil gambar cantik dan terus kongsikan bersama rakan melalui Touch to Share tanpa sebarang halangan. Bukan itu sahaja, ColorOS 16 juga dilengkapi dengan Google Gemini dan Gemini Live untuk pengalaman pintar lebih menyeluruh.

OPPO Reno15 MY 5

Melengkapkan kehebatan ini, Reno15 hadir dengan bateri besar 6,500 mAh bersama teknologi 80W SUPERVOOC Flash Charge yang memastikan ketahanan lebih lama serta pengecasan pantas untuk kegunaan seharian. Dikuasai cip Snapdragon 7 Gen 4, Reno15 menawarkan prestasi efisien dengan haba lebih rendah dan penggunaan bateri optimum.

OPPO Reno15 MY 4
OPPO Reno15 MY 3

Untuk peminat permua, ciri eksklusif AI Game Capture 2.0 membolehkan rakaman detik penting seperti pertarungan sengit, ‘gacha pulls’ atau kesan khas skin dengan mudah. Rakaman boleh dipilih antara klip 15 saat atau 30 saat, malah tersedia juga 3s Motion Photos bagi menyimpan dan mengulang kembali momen paling mengasyikkan. Dengan semua kelebihan ini, Reno15 bukan sahaja teman harian, tetapi juga hiburan untuk gaya hidup moden.


Masa Tepat Untuk Membeli Reno15!

Berminat untuk memiliki satu? OPPO Reno15 kini boleh didapati di Malaysia dengan harga bermula RM1,999 dan RM2,199. Jika anda mahukan spesifikasi lebih tinggi, terdapat juga OPPO Reno15 Pro pada harga RM2,999. Untuk pilihan alternatif yang lebih mampu milik, OPPO Reno15 F ditawarkan dengan harga bermula RM1,499 dan RM1,599. Jadi, tunggu apa lagi. Inilah masa terbaik untuk menjadikan Reno15 sebagai telefon pintar premium yang bukan sahaja bergaya, malah sarat dengan teknologi terkini.

Roadshow KV Balloon Drop

Bagi memeriahkan kehadiran peranti ini, OPPO turut menganjurkan acara istimewa Surprise Balloon Drop yang berlangsung dari 16 hingga 18 Januari 2026 di IOI . Ia bukan sekadar aktiviti menjatuhkan belon semata-mata, sebaliknya OPPO menyediakan kejutan menarik untuk para pengunjung. Belon berwarna merah menawarkan peluang mendapatkan diskaun sebanyak 50% bagi pembelian siri Reno15, manakala belon berwarna putih pula memberikan hadiah berupa kopi percuma atau potongan harga RM100 untuk mana-mana produk IoT OPPO terpilih.

OPPO 001K

Kemeriahan acara ini turut diserikan dengan persembahan artis popular seperti Iman Troye, Fugo, Empty Page serta Kmy Kmo Luca Sickta. Selain itu, pengunjung berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah menarik termasuk air fryer dan pelbagai barangan lain, selagi stok masih ada.

OPPO 001J

Untuk maklumat lanjut dan promosi eksklusif, layari laman web rasmi OPPO Malaysia hari ini dan jadikan Reno15 milik anda sekarang.

Penafian : Advertorial daripada OPPO Malaysia



Source link