BEIJING: China menegaskan akan melindungi hak dan kepentingannya selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan tarif sebanyak 25 peratus ke atas mana-mana negara yang menjalankan urusan perniagaan dengan Iran. “Kami sentiasa berpendirian tiada pihak yang akan menang dalam perang tarif dan China akan dengan tegas mempertahankan hak serta kepentingannya yang sah,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media berkala ketika diminta mengulas pengumuman tarif oleh Trump.…






