Malaysia Oversight

Projek perumahan baharu perlu lengkap kemudahan sekolah

By TheSun in July 19, 2025 – Reading time 1 minute
Projek perumahan baharu perlu lengkap kemudahan sekolah


BUTTERWORTH: Setiap projek perumahan baharu perlu dirancang secara komprehensif dengan kemudahan asas seperti sekolah, prasekolah dan taska, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim.

Beliau menegaskan tidak akan meluluskan sebarang projek perumahan yang gagal menyediakan kemudahan tersebut demi kesejahteraan rakyat. “Kalau buat rumah tapi sekolah jauh, buat apa?” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Projek Pembangunan Rumah Bakat MADANI SkyWorld Pearlmont di sini.

Perancangan bersepadu mampu menjimatkan kos pengangkutan, meningkatkan keselamatan serta mengurangkan kebimbangan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak ke sekolah jauh dari kediaman. turut mencadangkan pembinaan sekolah secara menegak (vertical school) di kawasan terhad tanah, namun tetap dilengkapi kemudahan seperti padang dan makmal.

Beliau juga memuji inisiatif syarikat pemaju SkyWorld menerusi projek Rumah Bakat MADANI yang menggabungkan konsep unik seperti ‘Central Park’ dan ‘Vertical School’. Projek ini merupakan yang pertama di Malaysia menggunakan teknologi Pembinaan Volumetrik Prafabrikasi Prasiap (PPVC) – kaedah modular seakan “LEGO” yang disiapkan di kilang sebelum dipasang di tapak.

Setiap unit Rumah Bakat MADANI berkeluasan 900 kaki persegi, lengkap dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, ditawarkan pada harga antara RM225,000 hingga RM420,000 dengan status pegangan kekal. Kemudahan lain termasuk kolam renang, gimnasium, gelanggang sukan, tadika, surau dan taman permainan kanak-kanak. – Bernama



Source link