Malaysia Oversight

Penggunaan Stack Overflow Menurun Mendadak Sejak Kehadiran AI Janaan

By Amanz in January 12, 2026 – Reading time 1 minute
Penggunaan Stack Overflow Menurun Mendadak Sejak Kehadiran AI Janaan


Penggunaan Stack Overflow Menurun Mendadak Sejak Kehadiran AI Janaan

January 12, 2026
Web 2.0

Aman

Stack Overflow merupakan salah satu laman berbentuk forum yang menjadi rujukan para pembangun sekiranya menghadapi masalah dalam pembangunan, mahupun untuk membincangkan sesuatu perkara melibatkan pembangunan atau pengaturcaraan. Namun, sejak kehadiran kecerdasan buatan janaan, trafik ke laman berkenaan menurun mendadak.

Hal ini kerana ramai yang kini bertanyakan terus kepada model AI seperti ChatGPT, Google Gemini, Copilot dan lain-lain, dan akan menerima jawapan lebih pantas. Malah, dengan sokongan sempoicara, perkara berkenaan seperti diatasi dengan AI sendiri membantu dalam menyelesaikan masalah pengaturcaraan.

StackOverflow

Mengikut data yang dihimpunkan, pada Disember lepas, Stack Overflow hanya menerima 6,866 soalan sahaja, lebih kurang sama seperti ketika tahun 2008. Pada kemuncaknya, Stack Overflow pernah menerima hampir 300,000 soalan sebulan, iaitu ketika tahun 2020.

Namun, walaupun trafiknya menurun mendadak, namun Stack Overflow kekal beroperasi dengan jayanya sebagai syarikat, dengan memilih untuk melesenkan kandungan kepada syarikat kecerdasan buatan.



Source link