Malaysia Oversight

ChatGPT Mungkin Akan Memperlihatkan Tera Air Pada Imej Yang Dijana Di Masa Hadapan

By Amanz in July 19, 2025 – Reading time 1 minute
ChatGPT Mungkin Akan Memperlihatkan Tera Air Pada Imej Yang Dijana Di Masa Hadapan


Kecerdasan Buatan

ChatGPT Mungkin Akan Memperlihatkan Tera Air Pada Imej Yang Dijana Di Masa Hadapan

July 18, 2025

Nazrin

ChatGPT dilihat telah memperkenalkan sejumlah ciri-ciri baru kebelakangan ini, dan dijangka akan memperkenalkan lebih banyak lagi tidak lama lagi. Menariknya, ada pihak yang sedang menguji versi beta ChatGPT telah menemui bahawa OpenAI mungkin akan memperkenalkan fungsi tera air pada imej yang dijana.

Android Authority melaporkan bahawa pilihan untuk memuat-turun imej yang dijana ChatGPT boleh dimuat-turun tanpa tera air, dan ini dilihat sebagai kemungkinan bahawa OpenAI mungkin akan menjana tera air pada imej-imej janaan AI tidak lama lagi.

image 97

Pilihan tersebut diperlihatkan pada kod sumber fail APK ChatGPT beta terbaru, dan menandakan kebarangkalian tinggi bahawa imej yang dijana oleh pengguna percuma akan hadir dengan tera air ChatGPT kelak.

Pilihan untuk memuat-turun imej yang dijana tanpa tera air mungkin juga akan diperkenalkan kepada pelanggan berbayar sahaja, dimana ciri muat-turun tanpa tera air akan ditawarkan kepada pengguna berbayar.

OpenAI dan ChatGPT masih belum membuat sebarang pengumuman tentang fungsi ini, jadi ia tidak diketahui lagi jika ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri yang akan diperkenalkan pada aplikasi AI tersebut di masa akan datang.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link