Vivo Y500i Dilancarkan Dengan Bateri 7200mAh
Amy Maizuraa
Bateri bersaiz besar sekali lagi menjadi fokus utama pengeluar dalam penawaran peranti mereka. Terbaharu, vivo Y500i telah dilancarkan di China dengan menekankan aspek tersebut. Model ini turut hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan yang sesuai untuk kegunaan harian.

Vivo Y500i menggunakan skrin LCD 6.75″ HD+ 120Hz bersama cip Snapdragon 4 Gen 2, memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Ia juga disokong oleh bateri berkapasiti 7200mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W melalui port USB-C.
Selain itu, ia dilengkapi kamera utama 50MP, swafoto 5MP, bicu audio 3.5mm, sensor infra-merah, kalis air IP68/69 serta pengimbas cap jari di sisi. Ketika ini, vivo Y500i ditawarkan untuk pasaran China dengan pilihan warna Galaxy Silver, Phoenix Gold dan Obsidian Black.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






