Malaysia Oversight

RedMagic 11 Dijangka Ditawarkan Dalam Versi ‘Air’

By Amanz in January 12, 2026 – Reading time 1 minute
RedMagic 11 Dijangka Ditawarkan Dalam Versi ‘Air’


RedMagic 11 Dijangka Ditawarkan Dalam Versi ‘Air’

January 12, 2026
Lain-lain
Nubia

Amy Maizuraa

Seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini, versi ‘Air’ berpotensi menjadi trend pada tahun ini dengan kemunculan pelbagai peranti daripada pengeluar. Terbaharu, RedMagic turut memberi bayangan akan hadir dengan varian ‘Air’ bagi model terkini. Pun begitu, imej promosi dikongsikan tidak memaparkan sebarang butiran khusus mengenai peranti tersebut termasuk tarikh pelancarannya secara rasmi.

RedMagic 11 Dijangka Ditawarkan Dalam Versi Air 001

Sementara itu, khabar angin telah mendedahkan beberapa maklumat awal mengenai RedMagic 11 Air. Peranti ini dijangka dijana dengan cip Snapdragon 8 Elite serta dilengkapi memori sehingga 24GB RAM. Dari segi reka bentuk, peranti berkemungkinan hadir dengan tubuh lebih nipis dan ringan berbanding model Pro iaitu setebal 7.85mm dengan berat 207 gram.

Redmagic 11 Pro A

Disebabkan saiznya yang lebih kompak, peranti berkemungkinan tidak mempunyai ruang mencukupi untuk mengekalkan bateri berkapasiti 7500 mAh seperti model Pro. Buat masa ini, reka bentuk penuh serta harga pelancaran rasmi bagi RedMagic 11 Air masih belum diumumkan setakat artikel ditulis.

NotebookCheck



Source link