Malaysia Oversight

Agong Amal Gaya Hidup Sihat, Pilih Berkuda dan Berjalan Kaki

By TheSun in July 17, 2025 – Reading time 1 minute
Agong Amal Gaya Hidup Sihat, Pilih Berkuda dan Berjalan Kaki


JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menekankan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjadikan aktiviti berkuda dan senaman berjalan kaki sebagai antara rutin kecergasan.

Menerusi kenyataan dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda membuat persiapan seawal 5 pagi untuk menunggang kuda di sekitar kawasan Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.

“Seri Paduka Baginda amat berpengetahuan luas dalam sukan berkuda dan merupakan pemain polo yang berpengalaman.

“Bagi Seri Paduka Baginda, aktiviti berkuda bukan hanya sekadar beriadah malah membantu meningkatkan kekuatan otot, selain kekal fokus dan disiplin,” menurut hantaran itu.

Beberapa keping foto Sultan Ibrahim melakukan aktiviti berkenaan turut dimuat naik bersama hantaran itu – BERNAMA



Source link