Malaysia Oversight

‘Rafizi tarik sokong Anwar di parlimen lagi berkesan banding demo PAS’

By MkiniBM in July 17, 2025 – Reading time 2 minute
'Rafizi tarik sokong Anwar di parlimen lagi berkesan banding demo PAS'


Ahli Majlis Tertinggi Mohd Puad Zarkashi hari ini memperlekehkan keberkesanan perhimpunan jalanan mendesak pengunduran Perdana Menteri Ibrahim anjuran .

Pada masa sama, Puad juga seakan menyasarkan bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli, dengan berkata penarikan sokongan ahli parlimen parti itu terhadap akan membawa kesan yang lebih besar.

Bekas Pengarah Komunikasi Strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu menyifatkan demonstrasi jalanan sebagai “candu” kepada , dan mencadangkan bahawa tindakan tersebut tidak memberi sebarang kesan sebenar.

“PAS menjangkakan 300,000 orang akan menghadiri demonstrasi Turun ” pada 26 Julai ini.

243e910f94ddd7a5d7b08db1e4df8ee7

“Saya yakin ia boleh dicapai kerana demonstrasi adalah “candu” kepada orang PAS. Mereka suka berdemonstrasi.

“Lagipun ahli PAS fanatik dan taksub kepada arahan parti. Setakat 300,000 hanyalah “kacang” kepada PAS. Tetapi apakah objektif “Turun Anwar” boleh tercapai? Sudah tentu tidak.

Adalah lebih berkesan jika Rafizi dan geng 10 tarik sokongan terhadap Anwar. Impaknya lebih besar jika mereka bawa usul undi percaya di parlimen berbanding demonstrasi 300,000 orang ahli PAS.

Katanya, ini kerana PAS sendiri tidak akan berani membawa usul undi tidak percaya ke Parlimen, dan sekiranya mereka berbuat demikian sekali pun, tidak akan menyokongnya.

sudah pasti tidak akan menyokongnya. Umno komited mempertahankan sedia ada demi rakyat dan kestabilan negara.

“Justeru demonstrasi “Turun Anwar” 26 Julai ini hanya tunjuk kekuatan PAS. Impaknya kecil apatah lagi jika tiada penyertaan civil society yang menyeluruh,” kata Puad lagi.

Himpunan Turun Anwar dijadualkan berlangsung pada 26 Julai di Kuala Lumpur.

Pada Isnin lalu, Ketua Pemuda PN, Afnan Hamimi Taib Azamudden dilaporkan berkata gabungan pembangkang kini menyasarkan kehadiran seramai 300,000 orang untuk menyertai perhimpunan itu, meningkat daripada sasaran asal seramai 50,000 orang.

Peningkatan sasaran tersebut dikatakan dibuat berdasarkan maklum balas daripada ahli parti dalam gabungan dan orang awam yang telah menyatakan komitmen mereka untuk hadir.

Pada 15 Julai, Bahagian PKR telah membuat laporan polis terhadap perhimpunan yang dirancang itu. Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Bahagian, Sharif Jeev Abdullah, bersama beberapa ahli bahagian lain.



Source link