Malaysia Oversight

Individu Yang Berhenti Mengambil Ozempic Kembali Ke Berat Asal Dalam Masa Dua Tahun

By Amanz in January 9, 2026 – Reading time 1 minute
Ubat Melawan Obesiti Terkini Eli Lilly Mengurangkan Sehingga 30% Berat Badan


Individu Yang Berhenti Mengambil Ozempic Kembali Ke Berat Asal Dalam Masa Dua Tahun

January 9, 2026
Sains

Effi Saharudin

Pengambilan ubat menghilang berat berasaskan glucagon-like peptide-1 (GLP-1) seperti Ozempic berjaya membantu seseorang individu mengurangkan sehingga 20% berat badan tanpa perlu bersenam. Populariti Ozempic melonjak selepas ramai selebriti yang dahulunya gempal kini kelihatan ramping. Kajian terkini Oxford University mendapati sekiranya seseorang individu berhenti mengambil GLP-1, berat badan akan kembali kepada asal dalam tempoh 1.5 hingga 2 tahun.

towfiqu barbhuiya J6g szOtMF4 unsplash

Kesimpulan diambil selepas mengumpul data 37 kajian klinikal yang melibatkan 9341 orang dewasa. Secara purata berat badan akan naik 0.4 kg sebelum selepas individu berhenti mengambil Ozempic. Selain berat, penanda kardiometabolik (termasuk HbA1c, glukosa puasa, kolesterol, trigliserida dan tekanan darah) juga kembali ke tahap sebelum GLP-1 diambil.

Ini mengukuhkan hipotesis pengambilan GLP-1 semata-mata untuk mengurangkan isu obesiti adalah tidak mencukupi. Perubahan gaya hidup termasuk diet dan melakukan senaman dengan konsisten adalah perlu bagi mengurangkan berat badan. Pengambilan GLP-1 dihentikan oleh sesetengah individu kerana harganya yang semakin mahal dan kesan sampingan seperti cirit birit dan mual.

GLP-1 pada asalnya dibangunkan untuk pesakit diabetes jenis 2. Tetapi ia juga didapati berkesan mengurangkan berat badan dan merawat ketagihan.



Source link