SHAH ALAM: Kerajaan negeri digesa menghalang dan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur program perkhemahan ‘Glamping with Pride’ kerana mempromosikan aktiviti hubungan sejenis dan LGBTQ yang bertentangan dengan nilai, agama dan moral awam negara ini. Aktiviti anjuran ‘jejaka.org’ itu dikatakan berlangsung pada 17 hingga 18 Januari ini di sebuah tempat rekreasi di Hulu Langat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, beliau menentang keras penganjuran aktiviti sedemikian yang…






