PETALING JAYA: Politik berupaya menjadi medan penyatuan umat Islam sekiranya digerakkan berasaskan nilai keadilan, kebajikan dan kemaslahatan umum. Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman berkata, politik mampu menjadi jambatan penyatuan yang kukuh dalam kalangan umat Islam jika memfokuskan kepada pembelaan rakyat dan kesejahteraan sosial. Katanya, agama Islam adalah amanah besar yang perlu dipelihara kesuciannya dan wajar dijadikan sumber nilai, etika serta panduan moral dalam kehidupan berpolitik dan bukan…






