Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan rasa syukur selepas Pejabat Peguam Negara mengumumkan tiada tindakan lanjut (NFA) berhubung pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah, dan pengubahan wang haram terhadapnya.
“Syukur alhamdulillah. Masa akhirnya menjawab segalanya, kebenaran terbukti jua,” katanya ringkas di Facebook.
Hari ini, AGC berkata pihaknya tidak akan meneruskan tindakan lanjut berhubung pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) yang diberikan kepada Zahid bagi 47 pertuduhan terhadapnya berkaitan dana Yayasan Akalbudi pada 2023.
[Berita lanjut menyusul]






