Poco hadir dengan penawaran terbaharu melalui model Poco M8 5G dan Poco M8 Pro 5G di Malaysia. Kedua-dua model ini dipasarkan sebagai peranti kelas pertengahan dengan perkakasan seimbang untuk kegunaan harian.

Poco M8 5G hadir dengan skrin 6.77-inci Flow AMOLED 120Hz dengan kecerahan puncak 3200 nits. Peranti ini dipadankan dengan cip Snapdragon 6 Gen 3 bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 512GB. Ia turut dibekalkan bateri berkapasiti 5,520mAh yang boleh dicas semula menggunakan pengecasan pantas 45W melalui port USB-C.
Tetapan kamera pula terdiri daripada kamera utama 50MP, kedalaman 2MP dan swafoto sebesar 20MP. Lain-lain spesifikasi turut merangkumi sokongan kalis air IP66, dilengkapi IR Blaster, pengimbas cap jari pada skrin, pembesar suara stereo serta menjalankan sistem operasi HyperOS.

Poco M8 Pro 5G pula menggunakan skrin 6.83-inci AMOLED 1.5K dengan kecerahan puncak 3200 nits. Ia dijana oleh cip Snapdragon 7 Gen 4, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Ia juga dibekalkan bateri sebesar 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W melalui port USB-C.
Tetapan kamera pula merangkumi 50MP utama, 8MP ultra lebar dan swafoto sebesar 32MP. Lain-lain spesifikasi turut merangkumi sokongan kalis air IP66, dilengkapi IR Blaster, pengimbas cap jari pada skrin, pembesar suara stereo serta menjalankan sistem operasi HyperOS.


Poco M8 Pro 5G ditawarkan bermula dengan varian 8GB+256GB pada harga RM1,199 dengan harga promosi RM1,099 manakala varian 12GB+512GB dijual pada harga RM1,499 dengan harga promosi RM1,299. Poco M8 5G pula hadir dengan varian 8GB+256GB pada harga RM999 dengan harga promosi RM859 serta varian 8GB+512GB pada harga RM1,199 dengan harga promosi RM959.






