Malaysia Oversight

Papan Kekunci dan Tetikus Nirwayar Lenovo Ini Tidak Perlu Dicas Sepanjang Hayatnya

By Amanz in January 8, 2026 – Reading time 1 minute
Papan Kekunci dan Tetikus Nirwayar Lenovo Ini Tidak Perlu Dicas Sepanjang Hayatnya


Papan Kekunci dan Tetikus Nirwayar Lenovo Ini Tidak Perlu Dicas Sepanjang Hayatnya

January 8, 2026
Lenovo

Effi Saharudin

Saya mempunyai beberapa aksesori papan kekunci yang dipasang kepada komputer di rumah. Sistem nirwayar digunakan kerana PC dipasang terus ke TV dan saya ingin bekerja terus daripada sofa ruang tamu. Selang 6 bulan, bateri baharu perlu dibeli dan ini akan mendatangkan isu dalam situasi kerja perlu dilakukan segera. Di CES 2026, Lenovo Self-Charging Kit Concept diperlihatkan sebagai set papan kekunci dan tetikus nirwayar yang tidak perlu dicas sepanjang hayat.

Lenovo Self Charging Kit Concept

Lenovo Self-Charging Kit Concept dilengkapi panel solar berhampiran kekunci dan pada keseluruhan permukaan atas tetikus. Ia boleh menjana bekalan elektrik kepada bateri walaupun pada keterangan cahaya 50 Lux. Ini bersamaan cahaya di dalam pejabat, rumah dan kawasan tertutup. Hasilnya papan kekunci dan tetikus ini boleh beroperasi selama-laman asalkan masih terdapat sumber cahaya.

Tidak banyak maklumat lain dikongsi oleh Lenovo mengenai kit ini tetapi ia mengingatkan saya kepada alat kawalan jauh Samsung yang menjana kuasa menggunakan solar dan gelombang radio. Walaupun sudah digunakan selama 4 tahun, saya belum lagi perlu mengecasnya menggunakan port USB-C.



Source link