HP baru-baru ini telah memperlihatkan produk baru di acara CES 2026 khususnya dengan papan kekunci AI HP EliteBoard G1a dan juga gabungan penjenamaan Omen dan HyperX yang kini dinamakan sebagai HyperX Omen dengan penawaran komputer riba gaming baharu.
Selain daripada itu, HP juga telah memperlihatkan kemaskini kepada dua siri komputer riba produktiviti mereka, iaitu HP EliteBook X G2, HP OmniBook Ultra 14 dan HP OmniStudioX. Kedua-dua komputer riba ini
Bermula dengan HP EliteBook X G2, siri komputer riba produktiviti ini hadir dengan penawaran tiga model yang dikuasakan cip pemprosesan berbeza. Ini termasuklah HP EliteBook X G2q yang dikuasakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon X2 Elite, HP EliteBook X G2i yang dikuaskaan cip pemprosesan Intel Core Ultra Series 3 dan HP EliteBook X G2a yang dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen AI 400.

Komputer-komputer riba ini hadir dengan berat lebih ringan dari 1kg dan merumahkan kemampuan pemprosesan perkomputeran dan AI terbina yang cukup berkuasa untuk membangunkan pelbagai jenis teknologi baru.
Komputer-komputer riba ini juga merumahkan paparan skrin Tandem OLED dengan resolusi 3K yang sangat sesuai untuk mereka yang
Ia juga dimuatkan dengan teknologi imbasan sistem pintar HP Smart Sense yang akan membantu mengubahsuai tetapan kuasa elektrik, suhu dan kuasa pemprosesan secara automatik apabila melakukan tugasan-tugasan produktiviti.
Perisian HP Wolf Security For Business pula menyediakan platform sekuriti yang mengurangkan kebarangkalian peranti digodam walaupun apabila peranti berada di luar talian ataupun rangkaian syarikat.
Siri komputer riba HP EliteBook X G2 ini juga hadir dengan rekaan yang mudah diservis, jadi sebarang penaiktarafan ataupun pembaikan boleh dilakukan pada kadar 80 peratus lebih cepat berbanding model-model sebelumnya.
Beralih kepada siri komputer HP Omnibook pula, HP juga telah mengemaskini model-model seperti HP OmniBook Ultra 14, HP OmniBook X, HP OmniBook 7, 5 dan OmniBook 3 juga dengan penawaran siri cip pemprosesan daripada AMD, Intel dan Qualcomm yang terbaru.

Selain daripada rekaan nipis dan ringan, HP OmniBook 14 Ultra khususnya hadir dengan paparan skrin OLED dengan resolusi 3K dan melepasi piawaian tahan lasak MIL-STD-810 yang bermakna bahawa ia boleh digunakan dalam pelbagai jenis keadaan di dalam dan luar pejabat, tanpa mengambil-kira isu suhu atau kelembapan.
HP OmniBook 7, 5 dan 3 manakal adalah sesuai sebagai komputer riba produktiviti rumah, sekolah dan pejabat untuk mereka yang mahukan sebuah komputer riba yang boleh digunakan untuk produktiviti dan santai.
Siri komputer riba HP EliteBook X G2 dan siri HP OmniBook dijangka akan tiba di pasaran-pasaran terpilih dalam masa beberapa bulan lagi.





