MyKad Dan Pasport Berwajah Baharu Akan Diperkenalkan Pada Pertengahan 2026
Aman
Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini memaklumkan akan memperkenalkan MyKad dan pasport berwajah baharu pada pertengahan tahun ini, iaitu sekitar penghujung suku kedua atau awal suku ketiga 2026 kelak. Perkongsian ini hadir daripada lanjutan pengumuman menyatakan MyKad akan hadir dengan ciri-ciri tambahan, termasuk integrasi paparan kod QR padanya.

Kedua-dua dokumen pengenalan diri ini akan hadir dengan ciri-ciri keselamatan tambahan. Untuk makluman, pada hari ini, pasport Malaysia sedia diiktiraf sebagai antara yang mempunyai tahap kebolehpercayaan tinggi di dunia, dimana ia diukur berdasarkan kepada kebolehan ke negara lain tanpa perlu memohon kelulusan Visa terlebih dahulu sebelum ke sesuatu negara terpilih.
Ia turut ditekankan yang mana MyKad dan pasport sedia ada boleh digunakan seperti biasa, dan hanya perlu digantikan apabila diperlukan, seperti melangkaui tempoh dan lain-lain. Maklumat lanjut berkenaan peralihan dan lain-lain dijangka dikongsikan mengikut fasa selepas ia diperkenalkan kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





