Robot Vakum Roborock Diberikan Kaki Untuk Memanjat Tangga
Effi Saharudin
Robot vakum walaupun berguna untuk membersihkan lantai mempunyai kelemahan apabila berhadapan dengan tangga dan lantai yang sedikit lebih tinggi. Maka tidak semua ruang lantai di rumah boleh dibersihkan semasa pemilik berada di luar. Di CES 2026, robot vakum Roborock Saros Rover diperlihatkan dengan ia dilengkapi sepasang kaki membolehkan ia memanjat tangga.

Dua kaku beroda Roborock Saros Rover diletakkan di bahagian sisi. Apabila “berdiri” robot vakum ini boleh mengimbangi diri sendiri seperti sebuah Segway atau robot fiksyen Metal Gear MK II. Kaki ini akan dilipat semula apabila tidak diperlukan. Dalam video demo yang diperlihatkan, Saros Rover boleh memanjat tangga bersaiz biasa di rumah. Menurut Roborock pada waktu ini Saros Rover hanya sekadar prototaip.

Tetapi sementara itu Roborock Saros 20 dilancarkan dengan ia mempunyai kaki lebih kecil membolehkan ia memanjat halangan setinggi 4.5cm seperti permaidani tebal atau betul pintu. Kuasa sedutan ialah 35,000 Pa dengan berus pembersih DuoDivide yang boleh mengelakkan kotoran terikat. Walaupun produk ini telah dilancarkan, harga jualan belum diumumkan.






