Malaysia Oversight

Realme Pad 3 Dilancarkan – Cip Dimensity 7300-Max Dan Sokongan Stylus

By Amanz in January 7, 2026 – Reading time 1 minute
Realme Pad 3 Dilancarkan – Cip Dimensity 7300-Max Dan Sokongan Stylus


Realme meluaskan penawaran tablet dengan Pad 3 5G yang hadir dengan skrin 11.6″ LCD 2.8K 120Hz serta kecerahan puncak 550 nits. Ia dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 7300-Max bersama memori 8GB RAM dan storan 256GB, di samping mempunyai sokongan ‘Dynamic RAM Expansion’ serta tambahan storan melalui kad microSD sehingga 2TB.

Realme Pad 3 5G

Realme Pad 3 menjalankan Realme UI 7.0 berasaskan Android 16 dan hadir dengan bateri 12,200mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Untuk kamera, ia dilengkapi kamera belakang dan hadapan masing-masing beresolusi 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuk pengimbas cap jari di sisi, empat pembesar suara, Bluetooth 5.4 serta sokongan stylus.

Realme Pad 3 1

Realme Pad 3 ditawarkan dalam tiga varian iaitu model 8GB+128GB (Wi-Fi) berharga Rs 26,999 (~RM 1,215), 8GB+128GB 5G berharga Rs 29,999 (~RM 1,350) dan 8GB+256GB 5G berharga Rs 31,999 (~RM 1,440). Tablet ini hadir dalam pilihan warna Space Grey dan Champagne Gold.



Source link