Malaysia Oversight

Jika berprinsip, letak jawatan exco sekarang

By MkiniBM in January 7, 2026 – Reading time 3 minute
Jika berprinsip, letak jawatan exco sekarang


Pemuda DAP hari ini mencabar Ketua Pemuda , Dr Akmal Saleh supaya segera meletakkan jawatan sebagai exco negeri Melaka sekiranya dia benar-benar berpegang kepada prinsip untuk meninggalkan Perpaduan.

Pemuda DAP dalam satu kenyataan media berkata ketegasan Presiden , Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu akan kekal bersama perpaduan pimpinan Perdana Menteri Ibrahim sehingga tamat penggal membuktikan ugutan “keluar kerajaan” yang dimainkan Akmal kebelakangan ini sekadar gimik politik.

“Dengan itu, gimik keluar kerajaan yang dimainkan oleh Akmal dalam beberapa hari ini terbukti adalah bahan lawak politik yang memalukan diri sendiri.

“Sekiranya Akmal benar-benar berprinsip, dia boleh meletakkan jawatan exco serta-merta tanpa perlu menunggu lagi.

“Jika masih kekalkan jawatan sedia ada, maka dia harus menelan semula apa yang pernah diungkap dan menghentikan segala tindakan dan retorik yang hanya berniat untuk merosakkan usaha kerajaan terhadap agenda reformasi dan kesejahteraan rakyat,” kata Pemuda DAP.

Akmal yang adalah Merlimau juga adalah exco kemajuan desa, pertanian dan keterjaminan makanan, kerajaan negeri Melaka.

4ecd1540892067fe4d84483a61cf4d4c

Menurut sayap itu, kenyataan Zahid bahawa “tidak mahu dipatuk ular kali kedua”, telah menutup sepenuhnya ruang spekulasi rundingan antara Umno dan .

Semalam, Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, berkata, Umno tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dalam menjalin kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang ketika ini.

Katanya, setiap keputusan yang bakal dibuat akan diteliti secara menyeluruh dan berhati-hati.

61958fcbb68f7244e984c2038698cc25
Ahmad Zahid Hamidi

Zahid juga mengesahkan bahawa Umno bersama akan terus kekal dalam kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH) sehingga tamat penggal kali ini.

Sabtu lalu, Pemuda Umno mengadakan konvensyen khas. Akmal kemudian menggesa Umno keluar daripada kerajaan dan bergabung dengan PAS sebagai pembangkang.

Sehubungan itu, Pemuda DAP menyifatkan tafsiran Akmal kononnya Zahid bersetuju dengan kerjasama “penyatuan orang Melayu” sebagai songsang dan satu cubaan mengelirukan rakyat, selain tidak menghormati pendirian presiden parti sendiri.

Mengulas perkembangan Perikatan Nasional (PN), Pemuda DAP berkata gabungan yang diterajui PAS itu gagal menawarkan dasar yang konstruktif, sebaliknya terus bergantung kepada politik perkauman dan keagamaan.

d4a759cb5eda98a2ce1c870bc14291d9
Pemuda DAP (DAPSY)

“Dalam perihal yang berkaitan dengan dasar negara khususnya kos sara hidup dan reformasi institusi, PAS hanya membantah tanpa solusi.

“Konflik dalaman PN yang kian ketara antara Bersatu dan PAS sekali lagi membuktikan bahawa politik sebegini yang tidak berasakan tadbir urus akhirnya memakan diri.

“Negara kita memerlukan parti politik yang menjamin kestabilan dan kecekapan, bukan PN yang memecahbelahkan,” kata Pemuda DAP.

Merujuk pengalaman politik antara 2020 hingga 2022, Pemuda DAP berkata kerjasama Umno-PAS-Bersatu sebelum ini telah membawa ketidakstabilan politik dan akhirnya merugikan Umno sendiri dari segi sokongan dan kerusi.

df5698ec25ae566c697cb7297dc8925c

“Sebarang cubaan untuk mengulangi langkah sama hanyalah mengkhianati mandat rakyat dan menjejaskan masa depan parti itu sendiri,” katanya.

Pemuda DAP menegaskan keutamaan rakyat ketika ini adalah pemulihan ekonomi, pengurangan kos sara hidup dan kesinambungan reformasi, bukannya drama perebutan kuasa.

“Akmal perlu membuktikan pendiriannya. Letak jawatan segera dan keluar kerajaan perpaduan. Jangan cakap tidak serupa bikin,” kata kenyataan itu lagi.

Akmal dalam satu hantaran di media sosial hari ini memberi bayangan mengenai kemungkinan “mengundur diri”, selepas presiden parti Umno menolak gesaannya supaya parti itu meninggalkan kerajaan Madani.

Katanya, dia telah “melakukan usaha dan menyampaikan sehabis baik dan mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri.”



Source link