Malaysia Oversight

ASUS ROG Zephyrus Duo Ialah Tablet Gaming Pertama Dengan Dwi Skrin 16″ dan RTX 5090

By Amanz in January 7, 2026 – Reading time 1 minute
ASUS ROG Zephyrus Duo Ialah Tablet Gaming Pertama Dengan Dwi Skrin 16″ dan RTX 5090


ASUS ROG Zephyrus Duo Ialah Tablet Gaming Pertama Dengan Dwi Skrin 16″ dan RTX 5090

January 7, 2026
Asus
e-Permainan

Effi Saharudin

ASUS Zenbook Duo (2026) UX8407 dilancarkan pagi ini dengan ia sekadar dilengkapi iGPU. Bagi yang mencari tablet dengan dwi skrin lebih besar untuk keperluan gaming, ASUS ROG Zephyrus Duo (GX651) turut diumumkan dengan spesifikasi yang melampau.

ASUS ROG Zephyrus Duo GX651 B

Ia hadir dengan dwi skrin sesentuh 16 inci OLED dengan resolusi 3K, 120Hz, nisbah skrin 16:10 dan melepasi piawaian VESA DisplayHDR True Black 1000. Memperkasakan tablet gaming ini ialah cip Intel terkini, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090, memori 64GB LPDDR5X-8533 RAM, storan sehingga 2TB PCIe 5.0 SSD dan bateri 90Wh dengan sumber kuasa 250W.

ASUS ROG Zephyrus Duo GX651 A

Seperti Zenbook Duo, US ROG Zephyrus Duo boleh digunakan sebagai komputer riba biasa satu skrin, dwi skrin menegak (21″) atau dwi skrin secara mendatar (21″). Papan kekunci bluetooth boleh digunakan secara bluetooth atau disambung menggunakan magnet.

Pilihan I/O ialah 1x DC-in, 1x HDMI 2.1 FRL,  2x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 2x Thunderbolt4 Type-C, 1x bicu audio 3.5mm dan 1x pembaca kad SD (UHS-II). Sistem audio terdiri daripada dua tweeter dan 4 woofer. Tubuh tablet gaming ini diperbuat daripada aluminium menggunakan kaedah CNC bagi dengan berat keseluruhan mencecah 2.85 kilogram. Harga dan bila ia akan dijual masih belum diumumkan oleh ASUS.



Source link