Malaysia Oversight

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri

By TheSun in January 7, 2026 – Reading time 1 minute
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri


MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kedah, Perak, dan Sarawak

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 11 pagi ini. 

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu diramal di Sik dan Baling, Kedah serta Hulu Perak di Perak. 

Amaran sama juga melibatkan beberapa kawasan di termasuk Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang serta di Sarawak (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Mukah.



Source link