Malaysia Oversight

Siri Komputer Riba MSI Prestige Dikemaskini Dengan Siri Cip Intel Core Ultra Series 3

By Amanz in January 7, 2026 – Reading time 2 minute
Siri Komputer Riba MSI Prestige Dikemaskini Dengan Siri Cip Intel Core Ultra Series 3


Siri Komputer Riba MSI Prestige Dikemaskini Dengan Siri Cip Intel Core Ultra Series 3

January 7, 2026
MSI

Nazrin

Intel hari ini telah melancarkan siri cip pemprosesan komputer riba terbaru mereka, iaitu Intel Core Ultra Series 3. MSI merupakan salah satu daripada jenama pembuat komputer riba yang baru sahaja mengemaskini sejumlah penawaran komputer riba mereka dengan siri cip pemprosesan ini.

Salah satu komputer riba yang dikemaskini ialah MSI Prestige 2026, siri komputer riba nipis dan ringan ini tampil dengan rekaan rangka yang lebih nipis dan ringan yang digabungkan bersama siri cip pemprosesan Intel Core Ultra Series 3. MSI Prestige 14 AI hadir dengan berat 1.32kg, manakala MSI Prestige 16 AI hadir dengan berat 1.59kg.

image 29

Model ini kesemuanya hadir dengan paparan skrin OLED dengan resolusi 2.8K dengan kadar segar semula 120Hz dan sokongan untuk teknologi paparan DisplayHDR True Black 1000.

Ia juga dimuatkan dengan bateri bersaiz 81Whr yang menjanjikan jangka-hayat penggunaan sehari, termasuklah kemampuan untuk memainkan video 1080p selama 30 jam berturut-turut.

image 30

MSI Prestige Flip 14 AI dan Prestige Flip 16 AI juga dilihat hadir dengan spesifikasi yang sama dimana paparan skrinnya hadir dengan fungsi sesentuh dan juga pena stylus yang boleh disimpan terus pada rangka komputer riba. Komputer riba ini juga hadir dengan rekaan 2-dalam-1 yang membolehkannya digunakan sebagai sebuah komputer tablet juga.

Beralih kepada MSI Prestige 13 AI, komputer riba ini merupakan model paling ringan MSI setakat ini. Dengan paparan bersaiz 13 inci dan rangka yang diperbuat daripada aloi magnesium-aluminum pada berat 899 gram, ia sesuai untuk mereka yang selalu bekerja di luar pejabat.

MSI Malaysia mengesahkan bahawa siri komputer riba MSI Prestige ini akan ditawarkan di pasaran Malaysia bermula bulan Februari 2026 pada tanda harga yang akan ditetapkan kelak.



Source link