ASUS Zenbook DUO Dengan Dwi-Skrin Dikemaskini Dengan Intel Core Ultra X9
Effi Saharudin
ASUS Zenbook DUO (2026) UX8407 diumumkan pagi ini dengan ia mengemaskini komputer riba dwi-skrin ini dengan cip pemproses baharu sehingga Intel Core Ultra X9 yang diumumkan semalam. Seperti Zenbook DUO, ia masih mempunyai dua skrin 14.0″ OLED 3K dengan sokongan sesentuh, kadar segar semula 48–144Hz VRR, boleh digunakan dengan stylus dan melepasi piawaian VESA DisplayHDR True Black 1000.

Tahun ini ruang antara dwi skrin dikurangkan 70% bagi membolehkan kedua-dua skrin digunakan sebagai satu skrin gergasi dengan lebih mudah. Tiga pilihan cip diberikan iaitu Intel Core Ultra X9 388H, Intel®Core™Ultra 9 386H dan Intel Core Ultra 7 355H.
Ini dipadankan dengan memori sehingga 32GB LPDDR5x 9600 MT/s RAM, storan sehingga 2TB PCIe Gen 4 SSD dan bateri 99Wh yang menyokong pengecasan 100W. Terdapat kamera web 1080p dengan IR yang menyokong Windows Hello. Sistem audio pula hadir dengan 6 speaker Dolby Atmos dan papan kekunci pula adalah jenis bluetooth yang boleh ditanggalkan.

Pilihan I/O ialah 2x Thunderbolt 4 Type-C, 1x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 1x HDMI 2.1 (FRL) dan 1x bicu audio 3.5mm. Walaupun dengan kesemua komponen ini, Zenbook DUO (2026) masih sekadar 1.35 kg tanpa papan kekunci dan 1.65 kg dengan papan kekunci. Harga jualan belum lagi diumumkan.






