Grab Mengambil-Alih Firma Robotik China, Infermove
Aman
Grab kini mengumumkan pengambil-alihan sebuah firma robotik berpusat di China, Infermove. Dengan pengambil-alihan ini juga, ia secara tidak langsung memperluaskan portfolio Grab meliputi sektor robotik.
Pengambil-alihan ini juga hadir susulan kepada pelaburan Grab pada sejumlah firma roboteksi pada tahun 2025 lepas. Infermove sedia membangunkan robot penghantaran di jalan, memfokuskan penghantaran makanan dan barangan bersaiz kecil.

Melalui pengambil-alihan firma robotik ini ia dijangka akan menambah-baik lagi kebolehan Grab pada masa akan datang dalam mengautomasi penghantaran dan operasi logistik.
Walaupun telah diambil-alih, Infermove dijangka akan terus beroperasi secara kendiri dengan pasukan asal. Harga pengambil-alihan tidak diumumkan kedua-dua pihak buat masa ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






