Siri Realme 16 Pro Dilancarkan – Skrin 144Hz Dan Kamera 200MP
Amy Maizuraa

Realme 16 Pro+ hadir dengan skrin AMOLED melengkung 6.78 inci FHD+ 144Hz yang mampu mencapai kecerahan puncak 6000 nits. Peranti ini dipadankan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang menyokong rangkaian 5G, bersama pilihan memori 12GB RAM serta storan 512GB. Bateri berkapasiti 7000mAh turut disediakan, sekali gus menyokong sistem pengecasan pantas 80W SUPERVOOC melalui port USB-C.

Dari segi fotografi, sistem kamera terdiri daripada sensor utama 200MP OIS, lebar 50MP, sudut ultra lebar 8MP manakala kamera hadapan sebesar 50MP. Kedua-dua kamera tersebut menyokong rakaman video sehingga 4K 60FPS dengan penstabilan terbina.
Selain itu, peranti mempunyai penarafan kalis air IP66/ IP68/IP69/IP69K di samping pengimbas cap jari pada skrin. Ia juga menjalankan sistem operasi realmeUI 7.0 yang menawarkan pengalaman penggunaan lebih moden.

Realme 16 Pro pula menggunakan skrin AMOLED rata 6.78″ yang menyokong kadar segar semula 144Hz serta nisbah kontras 5,000,000:1. Tunjang utama dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 7300 Max bersama pilihan memori 12GB RAM dan storan 512GB.
Bateri berkapasiti 7000mAh disediakan menyerupai model Pro+ dengan sokongan pengecasan 80W SUPERVOOC Charge melalui port USB-C. Dari segi fotografi, tetapan kamera merangkumi sensor utama 200MP, kamera ultra lebar 8MP manakala kamera hadapan pula sebesar 50MP.






