Dell Kembalikan Jenama XPS Selepas Hanya Setahun Menggunakan Jenama Ala iPhone
Aman
Dell pada tahun lepas telah memperkenalkan penjenamaan baharu untuk barisan komputer riba mereka, dalam usaha memudahkan pengguna memahami penawaran dan mendapatkan produk mereka. Ketika itu, Dell menggunakan penjenamaan ala iPhone, iaitu Dell, Dell Pro, dan Dell Pro Max. Kini selang setahun, Dell seperti membuat pusingan U, dan memperkenalkan kembali salah satu jenama ikonik mereka, XPS.

Ketika acara CES 2026 yang berlangsung minggu ini, Dell memperkenalkan sejumlah penawaran dibawah siri XPS, iaitu XPS 14 dan juga XPS 16, selain turut merancang untuk memperkenalkan XPS 13 dalam beberapa bulan lagi.
XPS akan terus memfokuskan kepada penjenamaan premium seperti sebelum ini. Ia sebelum ini diperkenalkan pada 1990-an, dan mempunyai peminatnya tersendiri dengan rekaan unik dan prestasi baik. XPS 14 dan XPS 16 yang baharu ini hadir dengan cip Intel Core Ultra Series 3 yang terbaru untuk menguasakannya.
Dengan peralihan penjenamaan ini juga, Dell kini mengatakan akan menggunakan jenama Dell untuk penawaran asas, penawaran premium dibawah jenama XPS, dan penawaran memfokuskan permainan dibawah Alienware.






