Malaysia Oversight

Had tempoh jawatan PM dipersetujui oleh semua Jemaah Menteri

By MkiniBM in January 6, 2026 – Reading time 1 minute
Had tempoh jawatan PM dipersetujui oleh semua Jemaah Menteri


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun sebagai pencetus perubahan yang mampu membawa pembaharuan besar dalam sistem tadbir urus negara.

Beliau berkata cadangan itu disarankan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim dalam mesyuarat khas Kabinet semalam dan telah dipersetujui oleh semua Jemaah Menteri.

753ef9aae70a68052e7bd97d557bc71f

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata had tempoh itu penting bagi mengelakkan seseorang Perdana Menteri memegang jawatan terlalu lama sehingga menimbulkan kesan ketepuan kepimpinan walaupun mempunyai prestasi yang baik.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di hari ini.

Ahmad Zahid juga berkata rang undang-undang bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri akan dibawa secara perundangan pada sidang Parlimen yang bermula pada 19 Jan ini.

Semalam, dalam perutusan Tahun Baharu berkata rang undang-undang itu akan dibentang pada sesi Parlimen akan datang.

– Bernama



Source link