Malaysia Oversight

Grok Kembali Menjana Gambar Tidak Senonoh Walaupun Sedang Disiasat Malaysia, Perancis dan India

By Amanz in January 5, 2026 – Reading time 1 minute
Grok Kembali Menjana Gambar Tidak Senonoh Walaupun Sedang Disiasat Malaysia, Perancis dan India


Grok Kembali Menjana Gambar Tidak Senonoh Walaupun Sedang Disiasat Malaysia, Perancis dan India

January 5, 2026
Web 2.0

Effi Saharudin

Beberapa minggu lalu Grok diberikan kemampuan mengubah gambar yang dimuat naik ke laman X menggunakan arahan yang diberikan oleh pengguna. Bermula sebagai penjana imej jenaka ia kemudian disalahgunakan untuk menjana gambar memudaratkan seperti menanggalkan pakaian dari badan wanita dan juga kanak-kanak. Kerana kontroversi ini, ciri ini dimatikan seketika dengan imej yang dijana sejak 28 Disember dipadam sepenuhnya daripada akaun Grok di X.

grok Lucah tak senonon

Tetapi ciri ini diaktifkan semula di X dengan sekali lagi ia menjana imej yang tidak senonoh. Kenapa ia diaktifkan semula tidak didedahkan oleh Grok atau Elon Musk. X kini disiasat di Malaysia, Perancis dan India kerana tindakan menukar pakaian pengguna tanpa kebenaran adalah melanggar privasi dan di Malaysia melanggar Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA).

ONSA mewajibkan platform atas-talian dan penyedia perkhidmatan berlesen mencegah penyebaran kandungan memudaratkan termasuk kandungan lucah, tidak senonoh dan sebagainya. Mungkin X merasakan mereka kebal kerana hanya tiga negara sahaja memulakan siasatan dan bukan badan FCC Amerika Syarikat sendiri.

Beberapa kes saman kumpul akan difailkan oleh pengguna X di seluruh dunia selepas gambar mereka diubah untuk memakai pakaian yang tidak senonoh. Dalam dua kes serius kanak-kanak diubah memakai baju mandi dan tudung ditanggalkan dari kepala oleh Grok.



Source link