Vietnam Menguatkuasa Keperluan Boleh Langkau Iklan Atas-Talian Dalam 5 Saat
Aman
Kerajaan Vietnam kini telah mengeluarkan perundangan baharu, dimana semua iklan video dan juga imej perlu boleh dilangkaui dalam masa 5 saat. Perundangan baharu ini akan dikuat-kuasa di negara tersebut, mulai 15 Februari 2026 ini.
Dengan langkah ini, para pengguna tidak akan dipaksa untuk melihat video iklan – terutamanya yang panjang dan juga tidak boleh dilangkau. Pada hari ini, kita sedia melihat sejumlah implementasi kaedah pengiklanan, termasuk iklan video di YouTube mahupun pada permainan atas-talian yang mempertontonkan sesuatu video – kadang-kala tanpa butang langkau.

Selain itu, iklan pop-atas pada web juga tidak boleh menyertakan butang menutup tipu. Pada masa yang sama, kerajaan Vietnam menekankan semua iklan atas-talian perlu mempunyai pilihan untuk boleh dilaporkan, atau memilih untuk tidak melihat sesuatu iklan berkenaan.
Vietnam turut meminta pihak telekomunikasi dan penyedia internet di negara tersebut untuk menghentikan akses kepada perkhidmatan pengiklanan yang dilaporkan selepas 24 jam menerima permintaan rasmi pihak berkuasa.
Dengan langkah ini, ia tidak diketahui sama ada perkara sama akan turut dikuat-kuasa oleh negara lain atau tidak.






