Malaysia Oversight

Samsung Lancarkan TV Micro RGB 130 Inci Pertama Dunia

By Amanz in January 5, 2026 – Reading time 1 minute
Samsung Lancarkan TV Micro RGB 130 Inci Pertama Dunia


Samsung Lancarkan TV Micro RGB 130 Inci Pertama Dunia

January 5, 2026
Samsung
TV

Effi Saharudin

Sempena CES 2026 di Las Vegas, Samsung pagi ini melancarkan TV Micro RGB sebesar 130 inci pertama di dunia. TV Samsung R95H direka untuk kelihatan tergantung dalam bingkai Timeless Frame  dengan sistem audio juga terbina dalam bingkai yang sama. Bingkai ini boleh menjadi tongkat untuk mendirikan TV atau dilipat untuk disandarkan pada permukaan dinding.

Samsung R95H Micro RGB 130 inci B

Teknologi Micro RGB membolehkan paparan warna yang lebih tepat dengan sokongan 100% BT.2020. Selain itu sistem Micro RGB AI Engine Pro, Micro RGB Color Booster Pro dan Micro RGB HDR Pro disertakan untuk memberikan pengalaman visual yang terbaik. Panel menyokong sistem HDR10+ ADVANCED dan juga Eclipsa Audio. Lapisan Glare Free pula memastikan skrin tidak akan terganggu dengan masalah silau.

Ciri Vision AI Companion pula membolehkan mod AI Football Mode Pro, AI Sound Controller Pro, Live Translate, Generative Wallpaper, Microsoft Copilot dan Perplexity diakses dengan menggunakan arahan suara. Sehingga 7 bahasa disokong pada waktu ini iaitu Inggeris, Perancis, Sepanyol, Portugis, Jerman, Itali dan Korea.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link