Keluarga Teoh Beng Hock menolak permohonan maaf SPRM yang disifatkan tidak ikhlas dan tawaran sumbangan kewangan, menegaskan bahawa mereka mahukan keadilan untuk kematian Beng Hock – bukannya wang ringgit.
Adik Beng Hock, Teoh Lee Lan, berkata keluarga mereka amat sedih dan marah dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki hari ini, yang disifatkannya sebagai “tidak ikhlas”.
“(Kenyataan Azam) sengaja bertujuan untuk memalukan keluarga kami (untuk menjadikannya seolah-olah) kami hanya mahukan wang, sedangkan pada hakikatnya apa yang kami mahukan ialah kebenaran dan keadilan.
“Kami ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku dan siapa yang bunuh Beng Hock.
“Ini adalah kes pembunuhan – anda tidak boleh menggunakan tawaran pampasan untuk menyelesaikan kes ini. Apa yang kami mahu tidak boleh dicapai dengan wang pampasan atau permohonan maaf yang tidak ikhlas,” kata Lee Lan pada sidang akhbar hari ini.
Lee Lan malah membuat perumpamaan, mencadangkan tawaran balas sekiranya SPRM sanggup menyerahkan nyawa lima pegawai yang terlibat dalam kematian Beng Hock sementara keluarganya akan menganjurkan kempen crowdfunding untuk saudara mereka.
“Jika Azam atau sesiapa sahaja merasakan nyawa boleh dibeli dengan wang, mari kita mainkan senario yang sama (untuk pegawai terbabit),” katanya.
[Laporan lanjut menyusul]