Malaysia Oversight

Sumbangan SARA RM100 untuk warganegara dewasa dikredit 9 Februari – Anwar

By Utusan in January 5, 2026 – Reading time 1 minute
Kerajaan terus kukuhkan ekonomi, hubungan antarabangsa


: Bantuan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas sebanyak RM100 diteruskan pada tahun ini yang akan dikreditkan pada 9 Februari depan.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim berkata, ia melibatkan seramai 2.2 juta rakyat dan boleh digunakan bagi persiapan sambutan Ramadan dan Tahun Baharu Cina.

“Batuan ini dikreditkan pada 9 Februari bagi maksud persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Pada masa sama, berkata, sumbangan SARA untuk penerima miskin tegar akan dikreditkan pada 9 Januari manakala bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa satu iaitu berjumlah sehingga RM500 akan dikreditkan pada 20 Januati ini. – UTUSAN





Source link