Malaysia Oversight

Menantu Hadi mengaku tidak bersalah sertai perhimpunan haram

By MkiniBM in January 5, 2026 – Reading time 1 minute
Menantu Hadi mengaku tidak bersalah sertai perhimpunan haram


Ketua Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, atas pertuduhan menyertai perhimpunan haram di Kampung Sungai Baru pada September tahun lalu.

Zaharudin yang juga menantu Presiden Abdul Hadi Awang, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan.

4b9ecce6f7464ef3f0677e7e5a0cc712

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa bersama-sama tujuh individu lain menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang bagi menentang proses Notis Pengosongan No WA-37WP-26-06/2025 di Jalan Datuk Abdul Malik, Kampung Sungai Baru, dalam daerah Dang Wangi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 11 September 2025, walaupun mengetahui perhimpunan berkenaan telah diarahkan untuk bersurai mengikut kaedah undang-undang.

Malaysiakini pada 15 September lalu melaporkan Zaharudin, 49 ditahan kerana membantah dan mengkritik berhubung pengusiran 15 isi rumah di Kampung Sungai Baru bagi memberi laluan kepada pembangunan semula.

Sebelum itu, ketika pengusiran sedang dijalankan dia juga menyiarkan video yang mengatakan pengambilan tanah itu tidak berbeza dengan apa yang berlaku di Gaza.

de4626e887bc992f8eebee3a6e202cd3

Pada 4 Sept, Zaharudin mendakwa banyak video TikToknya telah dialih keluar kerana mempertahankan Kampung Sungai Baru.

Perbincangan antara pemaju dan penduduk Kampung Sungai Baru mengenai pembangunan semula bermula pada 2016, dengan kemudiannya memainkan peranan dalam merundingkan pembayaran pampasan.

Pengambilalihan di bawah Akta Pengambilan Tanah telah diwartakan pada Jun 2021 ketika Perikatan Nasional (PN) memerintah.



Source link