Malaysia Oversight

Adun Bersatu Razali Idris didenda RM2,000 kerana menghasut

By MkiniBM in January 5, 2026 – Reading time 1 minute
Adun Bersatu Razali Idris didenda RM2,000 kerana menghasut


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman denda RM2,000 ke atas Kijal, Razali Idris, kerana membuat kenyataan berbaur hasutan dalam ucapannya tiga tahun lalu.

Hakim Norma Ismail ketika mensabitkan Razali atas kesalahan itu selepas memutuskan bahawa dia gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dalam pembelaannya.

Pada 10 Nov 2023, pemimpin Bersatu itu didakwa atas satu pertuduhan menghasut berhubung kenyataan yang dibuatnya semasa program PRK di Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu.

Dia didakwa mempersoalkan perbezaan layanan yang diterima oleh Timbalan Perdana, Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Muar, Syed Abdul Rahman, selepas Zahid dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan rasuah. pula disabitkan dengan kesalahan pecah amanah jenayah.

Hakim Norma juga memerintahkan Razali yang juga adalah exco negeri Terengganu menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

[Berita penuh menyusul]



Source link