Malaysia Oversight

PM dijangka buat beberapa pengumuman penting esok

By MkiniBM in January 4, 2026 – Reading time 1 minute
PM dijangka buat beberapa pengumuman penting esok


Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting pada Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Januari dan Amanat Tahun 2026, esok.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pengumuman itu membabitkan isu kritikal berkaitan ekonomi, pendidikan serta reformasi institusi.

“Esok Isnin, Perdana Menteri akan panggil mesyuarat khas Jemaah Menteri dengan beberapa isu terdesak akan dibincangkan.

“Selepas itu, pada 11.30 pagi, Perdana Menteri akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu (2026) bersama-sama dengan warga Jabatan Perdana Menteri,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen DAP Melaka di Melaka hari ini.

Hadir sama Pengerusi DAP Melaka yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong.

Beliau berkata perkara bakal diumumkan itu menunjukkan keseriusan dan pimpinan Madanimenangani isu serta masalah dihadapi rakyat ketika ini terutama dalam menangani iklim ekonomi mencabar.

Loke berkata amanat berkenaan juga akan menggariskan hala tuju utama negara dan sempena tahun baharu ini.

– Bernama



Source link