Malaysia Oversight

Anwar gesa AS bebaskan Maduro

By MkiniBM in January 4, 2026 – Reading time 2 minute
Anwar gesa AS bebaskan Maduro


Perdana Menteri Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) membebaskan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan isterinya.

berkata penahanan mereka oleh tentera AS merupakan tindakan yang “luar biasa dari segi skop dan sifat” serta jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

“Walau apa pun alasannya, penyingkiran secara paksa seorang ketua yang sedang berkhidmat melalui tindakan luar menetapkan satu duluan berbahaya.

“Ia menghakis kekangan asas terhadap penggunaan kuasa antara negara dan melemahkan kerangka perundangan yang menjadi asas kepada ketertiban antarabangsa.

9999cfd6bbeb615016c861700892fdb5

“Adalah hak rakyat Venezuela untuk menentukan masa depan politik mereka sendiri.

“Seperti yang ditunjukkan oleh sejarah, perubahan kepimpinan secara mendadak yang dibawa melalui kekerasan luar akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, apatah lagi bagi sebuah negara yang sedia bergelut dengan kesukaran ekonomi berpanjangan dan tekanan sosial yang mendalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

AS melancarkan serangan ke atas beberapa lokasi di ibu negara Venezuela, Caracas, pada awal pagi Sabtu, termasuk pangkalan tentera.

3fad914c3ede9a2191f2ef4fe74d50e0

Tentera AS kemudian menahan Maduro dan isterinya sebelum mengekstradisi mereka ke AS untuk berdepan pertuduhan yang mendakwa presiden Venezuela itu mengendalikan “sindiket tajaan negara” serta memudahkan kegiatan pengedaran dadah.

Maduro memegang jawatan presiden sejak 2013, menggantikan bekas pemimpin Venezuela yang digelar diktator, mendiang Hugo Chavez.

Dia dituduh melemahkan proses pilihan raya di negara itu dan didakwa memanipulasi keputusan pilihan raya presiden 2024, yang menurut pihak pembangkang sebenarnya dimenanginya.

Susulan penahanan Maduro, CNN melaporkan Presiden AS Donald berkata AS kini akan mentadbir Venezuela sehingga satu “peralihan berhemah” dapat dilaksanakan.

c0126dbfe25b9a0fd85605ad93659444

juga dilaporkan merampas rizab minyak besar Venezuela dan membawa masuk syarikat-syarikat AS untuk “membaiki” infrastruktur minyak negara Amerika Selatan itu.

Venezuela memiliki rizab minyak terbesar di dunia, dengan kira-kira 303 bilion tong — atau 20 peratus — daripada jumlah rizab minyak mentah terbukti global pada 2023.

tidak mendapatkan kelulusan Kongres AS untuk melancarkan serangan ke atas Venezuela seperti yang diwajibkan oleh undang-undang.

Tidak jelas sama ada sudah berhubung dengan Trump atau tidak berhubung penahanan Maduro itu.



Source link