Malaysia Oversight

CATL Melancarkan Bateri Ion Natrium Bagi Menggantikan Litium

By Amanz in April 25, 2025 – Reading time 1 minute
CATL Melancarkan Bateri Ion Natrium Bagi Menggantikan Litium


Automotif

CATL Melancarkan Bateri Ion Natrium Bagi Menggantikan Litium

April 25, 2025

Effi Saharudin

Minggu ini Contemporary Amperex Technology Co. Limited (CATL) telah melancarkan beberapa teknologi bateri kenderaan elektrik (EV) baharu yang akan mengurangkan pergantungan kepada litium. Bateri Naxtra ialah bateri ion natrium pertama yang dikeluarkan secara besar-besaran. Penggunaan natrium dalam bateri dilihat sebagai alternatif yang lebih selamat dan sumber ini lebih banyak di bumi berbanding litium.

CTAL NAxtra Passenger

Dengan wujudnya sumber bateri sekunder, isu rantaian bekalan dan harga litium akan dapat dikurangkan. Dua bateri Naxtra ditawarkan dengan satu untuk EV penumpang dan satu lagi untuk kegunaan lori tugasan berat.

CATL Naxtra 24V

Bateri untuk EV penumpang boleh beroperasi dalam julat suhu -40°C hingga +70°C dengan 90% kapasiti tenaga masih boleh digunakan walaupun pada suhu -40°C. Ia turut mempunyai kepadatan tenaga 175Wh/kg yang hampir setanding dengan bateri LFP (~200 Wh/kg). Ia juga menawarkan jarak perjalanan sehingga 500km dan boleh bertahan 10,000 kitaran pengecasan.

Sementara itu bateri Naxtra 24V Heavy-Duty Truck Integrated Start-Stop pula boleh digunakan selama 8 tahun. Seterusnya menurut CATL mereka menjamin bateri masih boleh digunakan walaupun selepas setahun kenderaan tidak digunakan.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link