Malaysia Oversight

Umat Islam perlu utamakan amalan, bukan kain kafan mewah

By TheSun in January 4, 2026 – Reading time 1 minute
Umat Islam perlu utamakan amalan, bukan kain kafan mewah


Menteri Hal Ehwal Agama nasihat umat pegang prinsip awlawiyyat, fokus pada amalan soleh sebagai bekalan akhirat, bukan kain kafan mahal

SHAH ALAM: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menasihatkan umat supaya berpegang kepada prinsip awlawiyyat iaitu mengutamakan perkara lebih penting berdasarkan hukum syarak.

Beliau berkata persediaan menghadapi kematian perlu memberi fokus utama kepada amalan dan bekalan akhirat yang benar-benar memberi manfaat.

“Apabila kita meninggalkan dunia, yang ditinggalkan hanya anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah jariah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Anugerah Carta IKIMfm 2025 di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Zulkifli bersetuju dengan pendirian Mufti Pulau Pinang bahawa membelanjakan wang berlebihan untuk kain kafan mewah atau berjenama bukan sesuatu yang dianjurkan dalam .

Beliau berkata isu itu tidak wajar dipanjangkan dan umat Islam perlu mengambil peluang untuk bermuhasabah diri.

Umat Islam perlu menilai sejauh mana persiapan dilakukan sebagai bekalan menghadapi kematian.

Sebelum ini, sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang usahawan wanita membuat tempahan set kain kafan didakwa mencecah hampir ribuan ringgit.



Source link