Malaysia Oversight

Suami maut, isteri dan bayi parah motosikal hilang kawalan dikejar anjing

By TheSun in January 4, 2026 – Reading time 1 minute
Suami maut, isteri dan bayi parah motosikal hilang kawalan dikejar anjing


Seorang lelaki manakala isteri dan bayi mereka cedera parah selepas motosikal hilang kawalan dikejar anjing dan melanggar lori di Kluang

KLUANG: Seorang penunggang motosikal manakala isteri dan bayinya cedera parah selepas motosikal mereka merempuh sebuah lori di Jalan Empangan, Taman Murni Jaya, Machap.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata kemalangan berlaku pada pukul 7.30 malam semasa pasangan suami isteri berusia 28 tahun dan bayi lelaki setahun itu dalam perjalanan dari Tasik Machap ke kawasan perumahan.

“Motosikal jenis Benelli TNT300 dipercayai hilang kawalan apabila dikejar anjing dan telah masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar bahagian belakang lori,” katanya.

Bahrin berkata isteri dan anak mangsa cedera parah pada kepala dan dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan.

Beliau berkata ujian air kencing pemandu lori berusia 42 tahun didapati negatif dadah.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Source link