Malaysia Oversight

Trump berlagak hero, mahu bantu penunjuk perasaan Iran

By Utusan in January 4, 2026 – Reading time 2 minute
Trump berlagak hero, mahu bantu penunjuk perasaan Iran


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald , dilaporkan cuba mengambil kesempatan daripada krisis yang berlaku di Iran, dengan menawarkan ‘bantuan untuk menyelamatkan’ penunjuk perasaan yang terlibat dalam protes besar-besaran di negara itu.

memberi amaran kepada pihak berkuasa Iran supaya tidak membunuh penunjuk perasaan yang berdemonstrasi secara aman, dengan mendakwa AS akan datang untuk menyelamatkan mereka.

“Jika Iran menembak dan membunuh penunjuk perasaan yang aman secara ganas, seperti kebiasaan mereka, Amerika Syarikat akan datang untuk menyelamatkan mereka,” tulis dalam hantaran di Truth Social, kelmarin.

Trump tidak menjelaskan tindakan spesifik yang mungkin diambil Washington terhadap pihak berkuasa Iran.

Seorang penasihat kanan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, membalas kenyataan itu dengan menegaskan Trump perlu berhati-hati jika campur tangan, selain memberi amaran kemungkinan huru-hara di seluruh Asia Barat.

“Trump harus tahu campur tangan AS dalam hal dalaman ini bermakna menjejaskan kestabilan seluruh rantau dan merosakkan kepentingan Amerika,” kata Ali Larijani.

Bagaimanapun, bagi sesetengah penunjuk perasaan, mereka mengalu-alukan campur tangan daripada AS.

Sementara itu, dua ahli Parlimen Republikan mengkritik ancaman Trump, dengan menyifatkan langkah tersebut boleh melemahkan had Perlembagaan.

Ahli Kongres, Thomas Massie berkata, sebarang tindakan ketenteraan terhadap Iran memerlukan kebenaran daripada Kongres dan tidak sepatutnya dijalankan tanpa kelulusan.

“Kita menghadapi masalah di dalam negara sendiri dan tidak patut membazirkan sumber tentera untuk campur tangan hal dalaman negara lain,” katanya melalui platform media sosial X.

Ahli Kongres, Taylor Greene, turut senada dalam isu dan menyuarakan kebimbangan mengenai penglibatan luar negara, serta menggambarkannya sebagai pengkhianatan terhadap mandat pengundi pada 2024.

Sekurang-kurangnya lapan orang dilaporkan selepas hampir seminggu protes besar-besaran tercetus di Iran akibat keadaan ekonomi yang semakin meruncing.

Protes bermula minggu lalu di Teheran, melibatkan golongan peniaga yang kecewa dengan kejatuhan mendadak nilai mata wang Iran, berbanding dolar AS di pasaran terbuka.

Menjelang Selasa, pelajar universiti turut ‘turun padang’ menyebabkan protes semakin merebak ke beberapa bandar, dengan orang ramai melaungkan slogan antikerajaan.- BBC





Source link