Malaysia Oversight

Anwar lancar projek pencahayaan ‘I LITE U’ pacu TMM 2026

By TheSun in January 3, 2026 – Reading time 1 minute
Anwar lancar projek pencahayaan 'I LITE U' pacu TMM 2026


PM lancar projek pencahayaan ‘I LITE U’ di Bukit Bintang, pacu kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan teknologi LED lestari.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim merasmikan peluncuran Projek Inovasi Pencahayaan “I LITE U” di Pavilion Kuala Lumpur malam ini.

Projek itu bertujuan memperkukuh kelestarian bandar dan memperkasakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

tiba di lokasi kira-kira jam 8 malam bersama Menteri Perumahan dan Tempatan Nga Kor Ming.

Beliau disambut beberapa menteri termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiong King Sing.

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fadzil dan Duta Muhibah UNDP Tan Sri Michelle Yeoh.

Orang ramai memenuhi sekitar Pavilion seawal jam 6 petang bagi memeriahkan majlis pelancaran tersebut.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu TMM 2026 diikuti persembahan kebudayaan.

Program itu turut diserikan dengan perarakan besar-besaran melibatkan 16 kontinjen serta persembahan artis tempatan.

“I LITE U” melibatkan laluan utama sepanjang hampir satu kilometer di sekitar Bukit Bintang.

Ia bertujuan menghidupkan suasana malam bandar dengan paparan pencahayaan memukau menggunakan teknologi moden dan lestari.

Projek itu menampilkan rekaan lampu LED berkonsepkan lampu gantung, lampu bulan serta rekaan bertema dongeng.

Ia menggunakan teknologi cekap tenaga dengan pemasangan lebih 70 lampu LED.

‘I LITE U’ ialah akronim kepada Infrastruktur, Lampu, Inovasi, Teknologi, mampan ke arah Urbanisasi.



Source link