Malaysia Oversight

Pemuda desak UMNO tarik diri

By Utusan in January 3, 2026 – Reading time 2 minute
Pemuda desak UMNO tarik diri


KUALA LUMPUR: Tiada sebarang usaha untuk merampas kuasa atau ‘menebuk atap’ yang boleh menjejaskan kestabilan Perpaduan sedia ada.

Ketua Pemuda , Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, bagaimanapun parti itu perlu menarik diri daripada Perpaduan dan memainkan peranan sebagai pembangkang yang bermaruah.

Katanya, keputusan mengenai pendirian parti perlu dibuat secara kolektif dan berprinsip bagi memastikan maruah serta hala tuju terpelihara khususnya dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan agama .

“Saya tidak mahu ini menjadi pendirian seorang individu sahaja. Saya mahu ia menjadi suara akar umbi. Adakah kita sanggup terus berada dalam yang gagal menghormati agama , Raja-Raja Melayu, dan maruah bangsa?

“Jika maruah perlu dikorbankan, maka lebih baik berdiri sebagai pembangkang yang bermaruah daripada kekal dalam kerajaan tanpa harga diri,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Khas Pemuda IMNO berhubung Hala Tuju dalam Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.

Muhammad Akmal berkata, Pemuda UMNO akan membawa keputusan daripada Konvensyen Khas hari ini yang menuntut penyatuan orang Melayu dimulakan segera antara UMNO dan serta cadangan supaya UMNO menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 pada 14 hingga 17 Januari ini.

Katanya, beliau menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha menjatuhkan kerajaan melalui jalan pintas atau ‘tebuk atap’, sebaliknya mandat harus dikembalikan kepada rakyat melalui pilihan raya.

“UMNO bukan parti yang takut. Jika menjadi pembangkang adalah harga yang perlu dibayar untuk mempertahankan agama dan bangsa, kita sanggup melakukannya.

“Perjuangan kami bukan sekadar mengejar kuasa atau jawatan, tetapi berlandaskan tanggungjawab untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

 





Source link