Malaysia Oversight

Kejadian letupan gegarkan ibu kota Venezuela

By MkiniBM in January 3, 2026 – Reading time 1 minute
Kejadian letupan gegarkan ibu kota Venezuela


Beberapa letupan dilaporkan berlaku di ibu negara Venezuela, Caracas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.

Imej yang disiarkan oleh stesen televisyen NTN24 menunjukkan kejadian letupan serta kepulan asap.

Sebuah video daripada saluran VPItv pula memaparkan beberapa helikopter terbang di ruang udara bandar itu pada waktu malam.

Punca kejadian letupan berkenaan masih belum dapat dipastikan.

Venezuela setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden tersebut.

Bernama-dpa



Source link